Polis KL sahkan 2 individu ditahan dalam himpunan aman di Kedutaan AS
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penahanan dua individu ketika perhimpunan aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, di sini petang tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, individu berusia 23 dan 32 tahun itu ditahan setelah mereka didapati menghalang pihak berkuasa melaksanakan tugas.
Jelas beliau, perhimpunan berlangsung kira-kira pukul 12 tengah hari itu dihadiri kira-kira 50 peserta.
“(Bagaimanapun) keadaan mula menjadi tegang apabila terdapat peserta mula menutup aliran trafik di Jalan Tun Razak.
“Kekecohan yang berlaku menyebabkan seorang anggota polis yang sedang bertugas menjaga keselamatan cedera di bahagian mulut akibat disiku seorang peserta himpunan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya telah memulakan siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Fadil turut menasihati pihak penganjur dan peserta supaya memauthi peraturan dan undang-undang sedia ada sewaktu berhimpun selaras dengan hak kebebasan berhimpun secara aman seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) menghormati kebebasan rakyat untuk berhimopun secara aman dan bersedia memberi kerjasama serta sokongan bantuan keselamatan.
“(Bagaimanapun) PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang melanggar undang-undang,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







