JENAYAH & MAHKAMAH

Polis gerak operasi besar-besaran buru banduan lolos penjara

SUNGAI BULOH – Pihak polis giat mengesan banduan tahanan reman warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh dengan operasi melibatkan pelbagai unit keselamatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, operasi besar-besaran itu digerakkan dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA), Pangkalan Gerakan Udara serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Menurut beliau, usaha mengesan dan menangkap banduan itu dilaksanakan secara menyeluruh.

“Pihak berwajib yang menjaga pintu persempadanan negara turut dimaklumkan agar sentiasa peka dan memperketat pemeriksaan kebarangkalian banduan melarikan diri ke luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Hafiz, setakat ini keselamatan awam masih lagi terpelihara.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dan tidak menyebarkan sebarang spekulasi tidak berasas yang boleh menimbulkan kegusaran dan mengganggu ketenteraman awam.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan banduan tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhendran Chandran di talian 010-4304383 atau hotline Bilik Operasi Search and Capture (SAC) di 03-61401096.

Terdahulu, media melaporkan banduan itu kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam.

Suspek berusia 24 tahun dikenali sebagai Muhammad Hassan itu menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan berkaitan imigresen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button