Bas ekspres hilang kawalan rempuh tiga kenderaan di Lebuhraya KL–Karak
BENTONG – Sebuah bas ekspres membawa 39 penumpang terbabit dalam kemalangan selepas dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiga kenderaan lain di Kilometer 47 Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam sekitar jam 6 petang.
“Hasil siasatan mendapati bas ekspres berkenaan bergerak dari Terminal Bersepadu Gombak menuju ke Raub. Semasa tiba di lokasi, pemandu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiga kenderaan lain.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa termasuk penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, Zaiham menyeru mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan.
“Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, khususnya ketika melalui kawasan selekoh di lebuh raya ini,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








