MPI sambut baik peruntukan RM30 juta Dana Inovasi 2.0
KUALA LUMPUR – Institut Akhbar Malaysia (MPI) menyambut baik keputusan kerajaan meneruskan sokongan kepada industri media menerusi peruntukan RM30 juta di bawah Dana Inovasi Media 2.0.
Presidennya, Datuk Yong Soo Heong berkata, peruntukan itu mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap cabaran yang dihadapi organisasi media ketika ini, khususnya dalam usaha menyesuaikan diri dengan perubahan landskap kewartawanan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi dan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil atas pengiktirafan terhadap kepentingan ekosistem media yang mampan, inovatif serta bersedia menghadapi masa depan.
“Banyak organisasi berita kini berusaha melakukan transformasi digital, memanfaatkan kecerdasan buatan (AI), memperkukuh kewartawanan berasaskan data serta meneroka model perniagaan baharu.
“Dana berkenaan mampu memberikan suntikan sokongan tepat pada masanya kepada organisasi media untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja, menaik taraf keupayaan serta memperkukuh daya saing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya, peruntukan itu menunjukkan kefahaman jelas bahawa kewartawanan dan organisasi media perlu terus berkembang sekiranya mahu kekal relevan, berdaya saing serta berupaya memenuhi kepentingan awam.
Semalam Fahmi mengumumkan Dana Inovasi 2.0 akan mula dibuka esok susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 pada Jun lalu.
Katanya, maklumat lanjut serta borang permohonan Dana Inovasi Media 2.0 boleh diperoleh menerusi laman web https://danainovasimedia.komunikasi.gov.my/
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








