PMX

PM gulung perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK12 petang ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada jam 4.30 petang, hari ini.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, beliau juga bersedia untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan.

“Saya akan menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat sekitar jam 4.30 petang, hari ini.

“Terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan sejak minggu lalu dan Insya-Allah saya akan menjawab persoalan yang dibangkitkan petang ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Pada 11 September lalu, Ahli Parlimen Tambun itu telah membentangkan sebanyak 17 anjakan besar bagi intipati KSP RMK12.

Untuk rekod, Kerajaan Perpaduan telah menaikkan siling RMK12 daripada RM400 bilion kepada RM415 bilion merangkumi pembangunan sosioekonomi melalui tiga fokus utama iaitu memperkukuh kemampanan, membangunan sejahtera dan mencapai berpendapatan tinggi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button