BERITA SEMASA

PM beri sumbangan kepada Ibnor Riza, Fauziah Samad

KUALA LUMPUR – Penderitaan yang ditanggung seniman dan seniwati tanah air, Ibnor Riza dan Fauziah Samad yang diuji dengan masalah kesihatan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Prihatin dengan nasib yang menimpa mereka, Perdana Menteri telah menyampaikan sumbangan bagi membantu merawat penyakit yang dihadapi.

“Lantaran itu, hari ini Setiausaha Politik saya, saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi mereka.

“Ibnor diuji dengan penyakit kanser limfoma manakala Fauziah menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada bagi membantu urusan perubatan masing-masing,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seniwati Fauziah Samad.

Dalam pada itu, Anwar turut mendokan mereka berdua dikurnikan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Sementara itu, Ibnor mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sudi menampung perbelanjaan untuk rawatan kansernya.

“Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendengar rintihan saya. Semoga Allah merahmati PMX dan seluruh warga kerja,” tulisnya.

Kelmarin, Ibnor merayu kepada Perdana Menteri untuk menampung dana rawatan kimoterapi selepas tidak mempunyai wang mencukupi.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button