PM arah KKM percepat pengisian 4,000 jawatan doktor kontrak
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mempercepatkan proses pengisian lebih 4,000 jawatan doktor kerajaan termasuk pegawai perubatan lantikan kontrak dengan mempermudah segala urusan birokrasi yang selama ini melambatkan pelaksanaan.
Arahan itu disampaikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan beliau hari ini, menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil.
“Perdana Menteri membangkitkan isu pengisian lebih 4,000 perjawatan doktor yang masih belum diisi.
“Arahan jelas telah diberikan kepada Menteri Kesihatan agar proses birokrasi yang mungkin melambatkan pelaksanaan itu disemak dan disegerakan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Komunikasi hari ini.
Katanya, langkah itu penting bagi menampung keperluan tenaga kerja di sektor kesihatan awam yang semakin mendesak terutama selepas pandemik.
Sebelum ini, pelantikan tetap bagi pegawai perubatan lantikan kontrak sering kali berdepan kelewatan disebabkan prosedur pelantikan merentasi pelbagai agensi dan jabatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








