SUKANBERITA SEMASA

Piala Thomas: Masalah kecederaan, Tze Yong digugurkan

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain perseorangan lelaki badminton negara, Ng Tze Yong, digugurkan daripada mengikuti skuad ke saingan Piala Thomas 2024 akibat kecederaan.

Pengarah Teknikal BAM, Rexy Mainaky berkata, dia telah digugurkan akibat kecederaan yang masih belum pulih ketika ini.

“Kesihatan Tze Yong adalah keutamaan kami. Nasibnya kurang baik kerana mengalami kecederaan ini tetapi kita mesti melakukan yang terbaik untuk Tze Yong dan memastikan dia pulih sepenuhnya.

“BAM tidak akan mengambil mudah akan kesihatannya.

“Tze Yong tidak akan mengambil bahagian dalam Piala Thomas kerana kami mahu dia memberi tumpuan pemulihannya,” katanya kepada media hari ini.

Dalam pada itu, pemain berusia 23 tahun itu akan terus menjalani rawatan untuk mengembalikan kecergasannya sejak dilanda kecederaan belakang badan dalam saingan Terbuka Malaysia pada Januari lalu sehingga menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan.

Sehubungan itu, BAM menggantikannya dengan pemain beregu lelaki, Choong Hon Jian untuk menyertai latihan pusat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tze Yong.

Sementara itu, antara nama-nama dari skuad negara yang akan beraksi dalam saingan Piala Thomas kali ini ialah Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Justin Hoh, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, Muhammad Haikal Nazri serta Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button