BERITA SEMASASUKAN

Piala ASTAF: Thailand ubah taktikal, letak regu kedua berdepan regu utama negara di perlawanan pertama

KUALA LUMPUR – Pasukan Thailand bakal mengubah taktikal dalam aksi perlawanan akhir regu berpasukan Piala ASTAF menentang Malaysia petang ini.

Menerusi senarai pemain yang dikeluarkan sebentar tadi regu utama Thailand yang dibarisi Sittipong (tekong), Tanaphon (perejam) dan Sirisak (pengumpan) diletakkan sebagai beregu kedua.

Tekong simpanan Thailand yang masuk menggantikan Sittipong iaitu Jakkrit akan mengetuai barisan regu pertama bersama Sutthikiart (perejam) dan Wuttinun (pengumpan).

Regu ketiga Thailand pula dibarisi Chutnanan (tekong), Varayut (perejam), Supasin (pengumpan).

Sementara itu, Malaysia bakal mempertaruhkan regu terkuat yang dibarisi Syahir Rosdi (tekong), Norazlan Alias (perejam) dan Amirul Zazwan Amir (pengumpan) selaku regu pertama.

Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong), Muhammad Noraizat Nordin (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan) selaku barisan kedua manakala Muhammad Zulkifli Abd Razak atau Sobey (tekong), Muhammad Afifuddin Mohd Razali (perejam) dan Aidil Aiman Azwawi (pengumpan) bakal menentukan nasib negara sekiranya keputusan terikat 1-1.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button