BERITA SEMASA

Menteri Pertahanan adakan mesyuarat persediaan GBC dengan wakil Kemboja, Thailand

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Kemboja-Thailand yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur 7 Ogos depan akan turut disertai pemerhati dari Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan Republik Rakyat China (PRC).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai persediaan beliau telah mengadakan mesyuarat trilateral melalui persidangan video bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Nasional Kemboja, Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Natthaphon Narkphanit.

“Mesyuarat (hari) ini merupakan langkah penting dalam persiapan menghadapi mesyuarat GBC Kemboja-Thailand yang dijadualkan pada 7 Ogos 2025 di Kuala Lumpur.

“Dengan semangat ASEAN, Malaysia komited sepenuhnya untuk menyokong proses penyelesaian yang dipimpin oleh ASEAN secara aman selaras dengan nilai-nilai serantau yang kita kongsi bersama,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, sebentar tadi.

Beliau turut memberitahu, mesyuarat tersebut turut disertai oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffardan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan, Mohd Yani Daud.

Mohd Khaled turut memberitahu, sebelum berlangsungnya GBC pada 7 Oghos, wakil daripada Kemboja dan Thailand akan mengadakan mesyuarat awal dari 4 hingga 6 Ogos.

“Perbincangan ini menggambarkan komitmen pihak-pihak untuk berunding secara aman dan dialog yang konstruktif.

“Semoga ia menyumbang ke arah tanggungjawab bersama kita untuk memelihara keamanan dan kestabilan di rantau ASEAN. Malaysia bersedia untuk memastikan kelancaran dan menyokong setiap langkah proses aman ini secara neutral,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button