BERITA SEMASA

Piala Asia: Vietnam tersungkur di kaki Indonesia

QATAR – Indonesia membuka peluang untuk ke pusingan seterusnya dalam Piala Asia selepas menewaskan Vietnam 1-0.

Gol Indonesia diperoleh selepas ketua pasukannya, Asnawi menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-42.

Sehingga tamat perlawanan Vietnam yang juga jaguh ASEAN gagal mendapatkan gol penyamaan.

Kekalahan ini merupakan yang kedua buat Vietnam selepas tewas perlawanan pertama bertemu Jepun.

Manakala Indonesia berjaya mengutip 3 mata, sama seperti Jepun yang tewas dalam perlawanan dengan Iraq sebentar tadi.

Indonesia selepas ini dijadualkan bertemu Jepun untuk menentukan pasukan mana yang bakal mengiringi Iraq ke pusingan kalah mati.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button