Peserta misi Sumud dakwa pintu Rafah ditutup, pilih hantar bantuan melalui laut
KUALA LUMPUR – Peserta pertama misi kemanusiaan Sumud dari Malaysia, Ahmad Faezal mendakwa, pintu sempadan Rafah kini ditutup susulan perkembangan konflik terkini di Asia Barat.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau menyatakan penutupan itu berlaku selepas serangan dilancarkan terhadap Iran yang kemudiannya dibalas, sekali gus memberi kesan langsung kepada laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Pintu Rafah dah ditutup. Mereka serang Iran. Iran serang balas. Mereka tutup pintu Rafah. Gaslighting habis,” tulisnya.
Menurut Ahmad Faezal, situasi tersebut menjadi antara sebab beliau memilih untuk menyertai misi Sumud melalui laluan laut berbanding bergantung sepenuhnya kepada pintu sempadan darat.
“Benar, bantuan boleh dihantar melalui Rafah. Tapi kalau bantuan itu perlu ‘cium tangan musuh’, itu penjajahan namanya. I am Sumud,” katanya.
Beliau turut menggesa orang ramai berkongsi hantaran tersebut bagi meningkatkan kesedaran mengenai situasi semasa.
Perkataan ‘Sumud’ merujuk kepada ketabahan dan keteguhan rakyat Palestin dalam menghadapi tekanan serta sekatan berpanjangan.
Hantaran itu turut menerima pelbagai reaksi warganet.
“Bantuan dari laut. Kun fayakun. Tiada yang mustahil bagi Allah SW,” tulis Bunga Matahari.
“Moga Allah bantu kita semua. Amin,” kata Rubaai Ahmad.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








