PU Rahmat mohon maaf status kontroversi, hanya mahu Muslimah dibenarkan berjihad
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, PU Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan membuat permohonan maaf terbuka susulan kenyataannya berhubung penyertaan wanita dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) mencetuskan kontroversi dan perdebatan hangat di media sosial.
Beliau yang juga aktivis kemanusiaan mengakui terkhilaf dalam penulisannya tentang kaum isteri yang hanya duduk di rumah.
“Saya memohon maaf jika ada yang salah faham dan terasa. Saya tidak menafikan wanita yang duduk di rumah untuk mencapai syurga.
“Hanya saya menegaskan jika kalian tidak mahu isteri kalian berjuang, maka silakan. Namun, jangan dipaksa Adhwa melarang Kak Ardell ke Sumud,” tulis beliau menerusi perkongsian di media sosial termasuk Threads, Facebook dan Instagram.
Dalam pada itu, tegas beliau, perkara tersebut dilakukannya hanya untuk mempertahankan wanita yang berjihad.
“Tiada niat lain melainkan mahu wanita Muslimah dibenarkan berjihad.
“Sekali lagi saya mohon maaf. Kita kembali fokus kepada Gaza kerana Gaza adalah cerita utama,” katanya.

Terdahulu, kenyataan PU Rahmat itu menerima pelbagai reaksi netizen selepas dia mempertahankan tindakan pelakon, Nadzmi Adhwa yang memberi keizinan kepada isterinya, Ardell Aryana untuk berjuang di GSF 2.0.
“Korang tak nak benarkan isteri korang join Sumud itu hak korang.
“Korang nak simpan bini dalam rumah dan layan Netflix sampai 100 episod pun silakan.
“Cuma jangan halang Nadzmi Adhwa benarkan Ardell berjuang. Jangan halang potensi wanita jadi hebat di sini Allah,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







