PU Rahmat titip doa, ucap selamat berjuang kepada peserta SUMUD
KUALA LUMPUR – Aktivis Global Sumud Flotilla, PU Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan menzahirkan ucapan selamat serta doa kepada kumpulan pertama peserta misi SUMUD 2.0 yang telah berangkat memulakan perjalanan mereka.
Menurutnya, identiti para peserta bagi kumpulan pertama itu tidak didedahkan buat masa ini atas faktor keselamatan dan kepentingan lebih besar.

“Batch pertama SUMUD telah berangkat. Identiti mereka masih dirahsiakan demi menjaga maslahah lebih besar.
“Selamat berjuang sahabatku, semoga keberkatan Allah bersama kalian,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook.
Bersama hantaran tersebut, PU Rahmat memuat naik gambar lima peserta lelaki dengan salah seorang daripada mereka lengkap berbaju Melayu dan sampin.
Bagaimanapun, kesemua wajah peserta ditutup dengan emoji.
Hantaran tersebut mendapat reaksi positif diiringi doa daripada netizen.
“Semoga dipermudahkan urusan semuanya. Jagakan mereka, Ya Jabbar,” tulis Fatin Farhain.
“Semoga sihat di sepanjang perjalanan, kami rakyat Malaysia akan mendoakan semua peserta SUMUD,” komen Syila Jengka pula.
“Pergilah, kami hanya mampu mendoakan keselamatan dan kejayaan anda semua. Amin,” kata Ahmad Syahir pula.
Misi SUMUD merupakan inisiatif solidariti antarabangsa yang menghimpunkan sukarelawan bagi membantu rakyat Palestin, selain membawa mesej keamanan dan kemanusiaan ke peringkat global.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








