BERITA SEMASA

Gurauan sama-sama banduan: PU Rahmat mohon maaf

KUALA LUMPUR – Aktivis Global Sumud Flotilla yang juga pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan memohon maaf atas keterlanjurannya bergurau secara berlebihan di atas pentas Himpunan Solidariti Gaza di Axiata Arena sebentar tadi.

“Maaf jika gurauan “sama-sama banduan” tidak bagus kerana PMX juga bergurau dengan saya gurauan yang sama.

“Kadang kita kena belajar seperti PMX yang humoris. Apa pun saya juga belajar tidak bergurau begitu,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dalam himpunan tersebut PU Rahmat diberi penghormatan untuk menjadi aktivis pertama menyampaikan ucapan.

Bagaimanapun orang ramai terkejut apabila secara tiba-tiba beliau berseloroh dengan menyatakan persamaannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah sama-sama bekas banduan.

PU Rahmat sebelum ini ditahan di penjara Israel selepas ditahan rejim Zionis ketika dalam pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla baru-baru ini.

Turut ditahan ialah 22 rakyat Malaysia yang lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button