Kedutaan Malaysia di Jordan giat usaha bantu sukarelawan GSF
KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan telah berhubung dengan negara-negara sahabat ASEAN di Amman dan Tel Aviv bagi mendapatkan maklumat terkini serta menghulurkan bantuan konsular sewajarnya berhubung penahanan sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) oleh tentera Israel.
Menurut kenyataan, pihak kedutaan turut mengadakan pertemuan bersama pasukan peguam Malaysia di Amman bagi memastikan semua tahanan mendapat perlindungan undang-undang yang adil dan telus.
“Pihak kedutaan sentiasa memantau rapat perkembangan semasa pergerakan rakyat Malaysia dalam misi GSF, khususnya mereka yang kini ditahan pihak berkuasa Israel,” jelas kenyataan itu.
Semalam, Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan seramai 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan berkenaan ditahan tentera Israel.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia diminta menghubungi pegawai di Unit Hal Ehwal Palestin, Kedutaan Besar Malaysia di Amman untuk maklumat lanjut melalui e-mel amm.uhep@kln.gov.my
Mereka juga boleh menghubungi Muhd Irfan Zulkurnain di talian +962793811135 atau Nur Najihah Md Abas di +962790800865.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








