White House terbit Deklarasi Trump, tanda komitmen baharu keamanan Asia Barat
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) semalam menerbitkan teks penuh Trump Declaration for Enduring Peace and Prosperity, iaitu satu dokumen rasmi yang digambarkan sebagai tonggak penting ke arah menamatkan konflik Gaza serta membina semula kestabilan di rantau Asia Barat.
Deklarasi bersejarah itu ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump bersama pemimpin dari Mesir, Qatar dan Turkiye, sekali gus mengesahkan komitmen bersama terhadap pelaksanaan Trump Peace Agreement, satu perjanjian damai yang menamatkan lebih dua tahun keganasan dan penderitaan di Gaza.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, semua pihak menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Trump untuk membawa keamanan berkekalan ke rantau berkenaan.
“Kami berdiri teguh di belakang usaha ikhlas Presiden Trump untuk menamatkan perang di Gaza dan membawa keamanan berkekalan ke Asia Barat,” menurut kenyataan itu.
Deklarasi berkenaan turut menekankan prinsip utama seperti perlindungan hak asasi manusia, keselamatan dan maruah bagi rakyat Palestin serta Israel, selain menyeru kepada kerjasama dan dialog berterusan sebagai asas kemajuan bersama di peringkat serantau dan global.
Pengumuman tersebut dibuat selepas pelaksanaan awal gencatan senjata yang menyaksikan pembebasan tebusan Israel, pemulangan tahanan Palestin serta peningkatan akses bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Dalam ucapannya, Trump menyifatkan deklarasi yang diterbitkan oleh White House itu sebagai ‘permulaan bab baharu yang indah untuk Asia Barat’ dan berikrar untuk bekerjasama rapat dengan rakan serantau bagi memastikan legasi keamanan itu dapat dipertahankan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








