Peserta misi FFC x TMG cedera ringan
CYBERJAYA – Salah seorang peserta Malaysia dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Dr. Fauziah Mohd. Hasan, dilaporkan mengalami kecederaan ringan setelah terjatuh di kapal dinaikinya.
Menerusi Ketua Delegasi Malaysia, Dr. Mohd. Alauddin, Dr Fauziah terjatuh ketika kapal bergoyang di tengah pelayaran.
“Semalam ketika kami sedang solat Jumaat, kapal bergoyang sedikit menyebabkan dia (Dr. Fauziah) terjatuh tersungkur sebab berjalan sambil memegang telefon.
“Kami dinasihatkan untuk berpegang atau berpaut pada pemegang kapal supaya tidak terjatuh. Namun, tiada kecederaan serius berlaku, hanya bengkak pada bahagian pipi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu temuramah yang dimuatnaik di akaun Facebook milik MyCare.
Beliau turut memberitahu, pelayaran kni memasuki hari kelima dan berjalan lancar dengan kedudukan kapal berada kira-kira 350 batu nautika dari perairan pantai Gaza.
Flotila tersebut dijangka memasuki zon kuning dalam tempoh 24 jam dan zon merah dalam jangkaan tiga atau empat hari lagi.
“Mohon doakan kejayaan misi ini supaya ramai yang sedar dengan keadaan di Gaza. Selain, mendoakan supaya kita dapat sebuah negara Palestin yang merdeka,” tambahnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








