BERITA SEMASA

Pesawat tempur Su-30MKM berwajah baharu, terima gelaran Toruk Makto

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi gelaran Toruk Makto kepada pesawat tempur Su-30MKM.

Menurut TUDM dalam satu kenyataan, di dunia fiksyen Avatar, gelaran Toruk Makto ia diberikan hanya kepada mereka yang berjaya menjinakkan dan menunggang Toruk iaitu makhluk udara paling ganas di Pandora yang digelar The Last Shadow.

“Dalam budaya Na’vi, hanya jiwa yang tulen dan suci mampu menunggang makhluk tersebut. Seperti kata mereka, “Only a pure soul can ride a Toruk”.

“Di dunia nyata, sosok juruterbang pesawat tempur Su-30MKM mencerminkan semangat yang sama. Su-30MKM bukan sekadar mesin perang, ia adalah “makhluk besi” yang memerlukan pengendali berjiwa besar,” katanya hari ini.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi gelaran Toruk Makto kepada pesawat tempur Su-30MKM.

Katanya lagi, dilengkapi dengan teknologi generasi 4.5, keupayaan supermanuver dan senjata canggih, pesawat itu hanya tunduk kepada mereka yang benar-benar layak, bukan hanya dari segi fizikal dan mental tetapi juga moral.

Katanya, seperti Toruk Makto, juruterbang Su-30MKM adalah “Rider of The Last Shadow” dalam dunia nyata.

“Mereka adalah insan terpilih, bukan semata-mata kerana kehebatan mereka, tetapi kerana ketulenan jiwa mereka.

“Dalam kokpit, seorang juruterbang perlu membuat keputusan dalam detik yang mendebarkan, kadang kala antara hidup dan mati.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi gelaran Toruk Makto kepada pesawat tempur Su-30MKM.

“Keputusan yang hanya boleh dibuat oleh jiwa yang murni tanpa niat peribadi dan tanpa ego. Mereka terbang tinggi bukan untuk menunjuk kuasa, tetapi untuk melindungi kedaulatan negara.

“Mereka adalah penjaga langit sepertimana dalam lagenda Pandora, hanya yang tulus akan dipercayai untuk menunggang “bayang terakhir”,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button