BERITA SEMASA

Taufan Kristine: TUDM hantar bantuan khemah sementara kepada Filipina

LABUAN – Helikopter EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan meneruskan hari kedua misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) ke Legazpi City di wilayah Bicol, Filipina yang terjejas akibat Taufan Kristine.

Memetik laporan Bernama, TUDM memaklumkan misi itu membabitkan penerbangan membawa 1.3 tan kanvas tarpal untuk khemah sementara, dari Pangkalan Udara Villamor di Bandar Pasay ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol.

Menurut kenyataan itu misi berjalan lancar pada sebelah pagi berikutan cuaca baik namun jarak penglihatan kemudian terjejas akibat jerebu dan angin kencang yang turut menjejaskan penerbangan.

“Walaupun berdepan dengan cabaran tersebut, kemahiran dan pengalaman kru EC 725 AP membolehkan misi diselesaikan dengan jayanya,” menurut kenyataan itu.

TUDM memaklumkan penerbangan dikendalikan oleh Mejar Aslam Hariri bersama pembantu juruterbang Kepten Fikry dengan dibantu seorang ‘quartermaster’ udara, tiga kru teknikal dan seorang anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

Sementara itu, pasukan TUDM dan rakan sejawat dari Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) serta Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima kunjungan Ketua Staf Angkatan Bersenjata Filipina General Romeo Saturnino Brawner Jr melawat semasa tugasan HDAR mereka hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button