Jumpa bom berhampiran landasan, operasi Lapangan Terbang Labuan terganggu
LABUAN – Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Labuan terganggu selepas beberapa objek dipercayai bom ditemukan kira-kira 150 meter dari landasan menyebabkan landasan ditutup sementara demi menjamin keselamatan.
Menurut notis kepada juruterbang (NOTAM), penutupan sementara landasan dimaklumkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 5 petang Jumaat dan akan berkuat kuasa sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
“TUDM bersama pihak berkuasa lapangan terbang kini menjalankan pemeriksaan menyeluruh di kawasan berkenaan.
“Landasan hanya akan dibuka semula selepas pemeriksaan selesai dan pengesahan keselamatan dikeluarkan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Susulan penutupan itu, beberapa penerbangan dari Labuan ke Miri dan Kota Kinabalu telah dibatalkan, manakala beberapa penerbangan lain yang dijadualkan tiba dan berlepas dilencongkan, ditangguhkan atau mengalami perubahan operasi.
Penumpang yang mempunyai jadual perjalanan ke dan dari Labuan dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan masing-masing dengan syarikat penerbangan sebelum menuju ke lapangan terbang bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








