BERITA SEMASAPOLITIK

Perikatan Nasional sedia bertanding Pilihan Raya Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kesediaan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pembubaran DUN sudah lama dinanti-nantikan rakyat negeri itu kerana ia memberi peluang kepada mereka untuk menentukan semula hala tuju kerajaan negeri yang baharu.

“Perikatan Nasional yakin rakyat Sabah sudah cukup matang dan bersedia melakukan perubahan demi masa depan yang lebih baik dengan memilih kerajaan negeri baharu,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dr Ronald menegaskan bahawa inilah masanya rakyat Sabah bangkit bersama PN untuk membina sebuah negeri yang stabil, cekap dan bermaruah.

PN merupakan salah satu blok politik utama di Sabah yang kini bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan penyertaan aktif dalam menentukan masa depan negeri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button