POLITIK

Pemimpin gabungan PN bermesyuarat 22 Feb, pilih pengerusi baharu

KOTA BARU – Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi pada 22 Februari bagi memilih pengerusi baharu menggantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, keempat-empat pemimpin parti dalam gabungan itu telah bersetuju untuk menghadiri mesyuarat yang akan diadakan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

“Agenda utama adalah untuk meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seterusnya melantik pengerusi PN yang baharu dengan segera,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan ke Gabungan Pertubuhan Tiong Hoa Datuk Oie Poh Choon, hari ini.

Sebagai rekod, jawatan Pengerusi PN kosong sejak 1 Januari lalu selepas Muhyiddin melepaskan jawatan tersebut.

Beliau menambah, antara pemimpin yang sudah mengesahkan kehadiran termasuk Muhyiddin sendiri serta Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Bagi memastikan mesyuarat dilangsiungkan dalam keadaan berkecuali, salah seorang daripada tiga Timbalan Pengerusi PN akan dilantik bagi mempengerusikan mesyuarat itu, tambahnya.

“Selepas hampir dua bulan, kita berharap isu ini dapat diselesaikan sepenuhnya,” katanya.

Mengulas spekulasi bahawa beliau mungkin menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang, Takiyuddin berkata tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini.

“Mana-mana Ahli Parlimen pembangkang boleh dilantik. Belum ada keputusan muktamad dan kepimpinan pusat PAS akan membincangkan perkara ini,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button