BERITA SEMASA

RoS gantung semua aktiviti PN berkuat kuasa semalam

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan Parti Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa semalam menerusi perintah di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832].

RoS dalam kenyataan hari ini berkata, perintah penggantungan itu bertujuan menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya.

Tindakan itu susulan RoS mengeluarkan notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta 832 bertarikh 22 September 2026 kepada PN.

Menurutnya , notis berkenaan dikeluarkan bagi mendapatkan penjelasan PN berhubung aduan yang dilaporkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada jabatan berkenaan.

“Tempoh yang munasabah diberikan kepada Perikatan Nasional untuk menjawab notis tersebut,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, RoS pada masa sama menegaskan notis berkenaan bukan keputusan pembatalan pendaftaran PN.

“Notis tersebut bertujuan untuk meminta Perikatan Nasional memberikan penjelasan berkenaan aduan yang dilaporkan oleh BERSATU kepada JPPM dan notis tersebut bukan keputusan pembatalan pendaftaran,” katanya.

RoS turut menyeru semua pihak supaya merujuk kepada maklumat rasmi yang dikeluarkan jabatan berkenaan serta mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat tidak sahih.

Menurut jabatan itu, penyebaran maklumat tidak sahih boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button