POLITIK

MIC tidak mohon sertai PN

KUALA LUMPUR – Parti MIC tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden MIC, Datuk Sei M. Saravanan, berkata partinya juga belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) atau kekal dalam gabungan tersebut, lapor NST Online.

“Kami tidak membuat sebarang permohonan rasmi untuk menyertai PN.

“Sama ada untuk kekal dalam BN atau menyertai mana-mana parti lain, keputusan itu masih belum dibuat,” katanya.

Jelas beliau, keputusan sedemikian terletak di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja Pusat parti.

“Saya tidak tahu dari mana mereka mendapat perkara ini,” katanya lagi sambil menyifatkan dakwaan bahawa MIC telah menyertai PN sebagai “spekulasi”.

Saravanan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan dibuat Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, bahawa MIC secara rasmi menyertai gabungan tersebut sebagai parti komponen.

Saravanan turut menambah bahawa sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti tahun lalu, MIC hanya mempersoalkan mengenai kedudukannya dalam landskap politik Malaysia.

Tahun lalu, para perwakilan MIC meluluskan resolusi untuk meninggalkan BN dan menyertai PN semasa AGM parti.

Bagaimanapun, keputusan muktamad mengenai perkara itu masih belum dibuat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button