BERITA SEMASA

Perdana Menteri rasmi sambutan Hari TVET Negara Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan sambutan Hari Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (Hari TVET Negara) 2024 dan Peluncuran Dasar TVET pada 8 Jun di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Hulu Langat, Selangor.

Beliau dijadualkan tiba pada pukul 10 pagi bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Majlis TVET Negara dan barisan menteri-menteri kabinet.

Ucapan perasmian oleh Perdana Menteri dijangka bermula pada pukul 10.30 pagi seterusnya melancarkan Dasar TVET Negara 2030.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang acara dua hari yang akan bermula Jumaat ini antaranya seminar, pameran teknologi, pameran institusi TVET, pameran bidang penerbangan, kenderaan elektrik, cabaran robotik, pameran industri dan keusahawanan dan jualan foodtruck.

Turut diadakan Karnival Kerjaya TVET yang menawarkan 3,000 peluang pekerjaan oleh syarikat swasta dan perkongsian kejayaan graduan-graduan dalam bidang itu.

Hari TVET Negara diisytiharkan pada 2 Jun sebagai usaha meneruskan pemerkasaan bidang kemahiran sebagai salah satu daripada pemacu perubahan modal insan berdasarkan keperluan industri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button