JENAYAH & MAHKAMAH

Penggal kepala abang ipar, lelaki direman 6 hari

ALOR SETAR – Seorang lelaki direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes kematian abang iparnya yang mengakibatkan kepalanya terputus di Kampung Pida 3, Jerlun, di sini semalam.

Reman terhadap suspek berusia 38 tahun diperoleh daripada Majistret Mahkamah Alor Setar, Siti Masliza Md Ali bermula hari ini sehingga 6 November bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, suspek ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan ujian saringan awal air kencing mendapati beliau bebas daripada pengaruh dadah.

“Mayat mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan bahawa dalam pergaduhan di kawasan sawah malam tadi, polis menemui beberapa tetakan di badan mangsa selain kepala yang putus kira-kira satu meter dari jasad.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button