Seorang lelaki ditahan tetak sepupu hingga maut
TUMPAT – Seorang pemandu jengkaut maut selepas ditetak bertubi-tubi dengan sebilah parang oleh sepupunya akibat dendam lama di sebuah rumah di Kampung Kok Bedullah, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, mangsa, Mohd. Suhairi Hashim, 46, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah dan putus lengan kiri.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang mempunyai tali persaudaraan dengannya datang ke rumah mangsa sebelum menyerang lelaki itu dengan sebilah parang.
Menurutnya, suspek dipercayai menetak bahagian muka dan badan mangsa bertubi-tubi sehingga lengan kirinya putus.
“Sebilah parang bersaiz panjang yang digunakan untuk menetak mangsa dirampas semasa suspek ditahan.
“Siasatan lanjut mendapati, suspek mempunyai dendam lama dengan mangsa sehingga menyebabkan lelaki itu bertindak sedemikian,” katanya memetik laporan Kosmo hari ini.
Mohd. Khairi memberitahu, suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini hingga Jumaat depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













