JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki maut ditetak di hadapan restoran

TANGKAK – Seorang lelaki maut ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang di hadapan sebuah restoran di hadapan sebuah restoran di Bukit Kangkar, di sini semalam.

Laporan HM Online yang memetik sumber berkata, kejadian dipercayai pergaduhan di antara dua kumpulan itu berlaku kira-kira pukul 7 malam semalam.

Katanya, mangsa berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital akibat kecederaan di tangan, kaki dan belakang badan.

Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa bersama seorang rakannya pergi ke lokasi untuk berjumpa dengan anggota kumpulan terbabit.

“Terdapat empat orang dilihat sedang berbual di luar sebuah restoran dan tidak lama kemudian, muncul beberapa buah kereta di lokasi.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa dikejar tiga lelaki bertopeng masing-masing membawa parang.

“Ketika kejadian, mangsa tidak membawa senjata cuba menahan serangan menggunakan tangan menyebabkan dia cedera parah. Mangsa kemudian rebah di jalan raya,” katanya.

Menurut sumber lagi, kejadian itu menyebabkan tangan dan kaki serta belakang mangsa cedera parah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat cedera parah dan dipercayai kehilangan banyak darah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib mengesahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, tiga video kejadian yang menjadi tular di media sosial memaparkan mangsa memakai baju-T berwarna putih dan berseluar pendek dikejar tiga lelaki berparang.

Bagaimanapun, mangsa gagal melarikan diri dan pada masa sama, kedengaran teriakan mangsa meminta pertolongan sebelum tiga suspek dilihat beredar.

Orang awam yang berada di lokasi juga dilihat lari memasuki kenderaan masing-masing selepas melihat ketiga-tiga suspek membawa parang dibasahi darah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button