Enam sekeluarga hilang ditemui lemas dalam kereta tenggelam
JITRA – Misteri kehilangan enam sekeluarga sejak Sabtu lalu terjawab apabila mereka ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta Proton Iswara yang tenggelam di Sungai Korok, di sini, hari ini.

Mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri, Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, dan isteri, bersama empat anak mereka yang berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun.
Orang ramai menemui kereta yang dinaiki mangsa pada pagi ini selepas sebahagian daripada badan kenderaan itu timbul di permukaan sungai.
Dalam pada itu, operasi mengeluarkan mayat dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, yang dikerah ke lokasi seawal pagi tadi selepas kereta terbabit dikesan orang awam.
Suasana hiba menyelubungi lokasi apabila ahli keluarga yang berada di situ tidak dapat menahan tangisan sewaktu jasad mangsa diangkat seorang demi seorang dari kenderaan malang itu.
Kehilangan keluarga itu disedari selepas adik Mohd Azim, Nur Adliah Shuhada Ishak membuat laporan polis apabila abangnya tidak pulang ke rumah selepas bermalam di kediamannya di Taman Aman, pada malam Jumaat lalu.
Mangsa sekeluarga yang menetap di Jerlun itu dikatakan datang ke rumah adik mereka untuk bermalam sebelum hilang tanpa khabar.
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk kemungkinan kenderaan terbabas ke dalam sungai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








