BERITA SEMASA

Sultan Terengganu selamat jalani rawatan, kini sedang berehat

PUTRAJAYA – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, selamat menjalani rawatan dan kini sedang berehat.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu menerusi kenyataan akhbar oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, hari ini.

Menurut kenyataan itu, keadaan berkenaan adalah dengan kehendak dan rahmat Allah SWT serta berkat doa seluruh rakyat.

“Alhamdulillah adalah dimaklumkan dengan kehendak dan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala jua serta dengan berkat doa seluruh rakyat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah selamat menjalani rawatan dan sedang beristirehat,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Sultan Mizan menzahirkan penghargaan dan rasa terharu kepada seluruh rakyat yang mendoakan kesihatan baginda serta melaksanakan solat hajat dan bacaan Yasin.

Baginda dan keluarga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada masjid, surau, institusi tahfiz, para alim ulama, pemimpin masyarakat, badan organisasi, individu serta seluruh lapisan rakyat atas keprihatinan dan doa yang dipanjatkan.

Pejabat berkenaan turut memohon agar Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada Sultan Terengganu serta mempermudahkan segala urusan Baginda.

“Amin Ya Rabbal ‘Alamin,” menurut kenyataan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button