JENAYAH & MAHKAMAH
Pengerusi NGO didakwa esok berkaitan dakwaan penyelewangan dana – Sumber
PUTRAJAYA – Seorang pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.
Menurut sumber, pendakwaan akan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan Op Serantau.
Pada Jun tahun lalu, SPRM mendedahkan dakwaan penyelewengan kira-kira RM26 juta daripada sumbangan awam oleh NGO berkenaan.
Menurut sumber, kes itu terbongkar susulan penahanan lima individu, termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan pegawai kewangan NGO tersebut, dalam Op Serantau yang diketuai oleh pejabat SPRM Selangor.
Penahanan itu dibuat semasa serbuan di beberapa lokasi di Selangor, Melaka dan Pulau Pinang.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








