JENAYAH & MAHKAMAH

Suspek kedua kes dokumen palsu RM500,000 ditahan SPRM

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan kira-kira RM500,000.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek yang juga penjawat awam serta pengarah sebuah syarikat kontraktor disyaki bersubahat dengan seorang lagi individu yang telah ditahan lebih awal.

“Individu terbabit merupakan pengarah syarikat pembinaan yang ditahan pada Isnin lalu.

“Kedua-dua suspek dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan kontrak kerja pembersihan di sebuah pejabat polis di negeri ini bernilai kira-kira RM500,000,” memetik Buletin TV3 online.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang melibatkan kesalahan mengemukakan tuntutan palsu.

Dalam konteks perundangan, ‘butir matan palsu’ merujuk kepada maklumat atau fakta yang direka, dipalsukan atau tidak benar yang dimasukkan dalam dokumen bagi tujuan memperdaya pihak berkuasa atau mendapatkan keuntungan secara tidak sah.

Kes kini masih dalam siasatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button