JENAYAH & MAHKAMAH

Siasatan SPRM terhadap Rafizi, pembantu di peringkat akhir

PUTRAJAYA – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas pembantunya, James Chai kini di peringkat akhir.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya masih perlu merakam percakapan dua lagi saksi yang mana seorang daripadanya berada di Taiwan manakala seorang lagi di dalam negara.

“Siasatan ini hampir ke penghujungnya dan hanya tinggal dua lagi saksi untuk dirakam percakapan,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, Rafizi hadir ke Ibu Pejabat SPRM, di sini buat kali kedua semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion melibatkan Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK berkaitan kerjasama strategik industri semikonduktor.

Rakaman percakapan tersebut berlangsung hampir sembilan jam bermula kira-kira pukul 10 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button