BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pengarah PBT disyaki terima rasuah RM20,000 direman

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman seorang pengarah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM20,000.

Rasuah itu adalah sebagai balasan mempercepat dan meluluskan permohonan pengubah suaian bangunan tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan di dalam kawasan negeri Selangor.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 40-an telah ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pagi tadi dan perintah reman telah diluluskan tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Jun 2024 terhadap suspek yang telah dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2019 hingga 2024 dan telah
meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM20,000.

“Transaksi tersebut juga dipercayai dimasukkan melalui akaun peribadinya daripada kontraktor-kontraktor yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button