BERITA SEMASA

Penahanan pegawai ATM tidak jejaskan imej keseluruhan pasukan – Khaled

KUALA LUMPUR – Penahanan beberapa pegawai dan bekas pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh dijadikan ukuran terhadap keseluruhan imej pasukan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, salah laku yang berlaku membabitkan segelintir individu tidak seharusnya menjejaskan nama baik dan integriti ribuan anggota tentera yang berkhidmat mempertahankan negara.

“Kalau benar berlaku, ia memang menjejaskan imej. Tetapi ia tidak mencerminkan keseluruhan ATM. Integriti majoriti warga tentera tetap terpelihara dan mereka terus menjalankan tugas dengan penuh kesetiaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Pertahanan akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan yang sedang dijalankan.

“Kementerian juga akan memperkukuh sistem pemantauan dalaman bagi memastikan isu sama tidak berulang. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah,” jelasnya lagi.

Mohamed Khaled turut berkata, ATM sebagai benteng pertahanan negara perlu sentiasa menjaga integriti dan keyakinan rakyat terhadap pasukan tersebut tidak boleh digugat oleh salah laku segelintir pihak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button