
Peminat teruja My Chemical Romance kembali gegar Malaysia 2026
KUALA LUMPUR – Kumpulan rock terkenal antarabangsa, My Chemical Romance (MCR) bakal menggegarkan pentas Malaysia sempena konsert jelajah Asia Tenggara mereka yang dijadualkan berlangsung pada 30 April 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pengumuman rasmi mengenai konsert tersebut dibuat menerusi platform media sosial kumpulan itu dan disambut dengan keterujaan luar biasa daripada peminat tempatan yang rata-rata tidak sabar menantikan kehadiran semula band kegemaran mereka selepas hampir dua dekad.
Malaysia merupakan salah satu daripada enam destinasi yang dipilih untuk konsert jelajah “My Chemical Romance Southeast Asia Tour 2026”, termasuk Korea Selatan, Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia.
Peminat membanjiri ruangan komen dengan luahan rasa teruja dan tidak percaya bahawa band yang cukup sinonim dengan muzik emo dan alternatif rock itu akan kembali ke tanah air.
“Sumpah tak sangka MCR datang balik! Ini mimpi jadi kenyataan. Saya dah tunggu sejak zaman sekolah lagi,” kata seorang pengguna X, @hazmiyuna.
“Saya akan pastikan dapat tiket. Konsert wajib hadir! Terima kasih MCR sebab tak lupakan peminat Malaysia,” kata seorang lagi peminat setia, @aimanblack.
My Chemical Romance kali terakhir mengadakan konsert di Malaysia pada tahun 2007 dan kehadiran semula mereka pada 2026 itu dilihat sebagai detik yang cukup bermakna kepada peminat yang telah lama menantikan peluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung.
Maklumat lanjut berhubung harga tiket dan saluran pembelian dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.
Peminat dinasihatkan bersedia untuk mendapatkan tiket seawal mungkin memandangkan permintaan dijangka sangat tinggi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







