BERITA SEMASA

Gempa bumi kuat gegar Jepun

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.5 dilaporkan berlaku di luar pantai timur Honshu, Jepun pada jam 4.03 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, kejadian itu dikesan pada koordinat 39.5° Utara dan 143.3° Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Menurut MetMalaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak kira-kira 181 kilometer ke timur dari Morioka, Jepun.

“Gempa bumi kuat telah berlaku di luar pantai timur Honshu, Jepun pada jam 4.03 petang, 9 November 2025. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button