Evanescence kembali gegar KL November ini
KUALA LUMPUR – Selepas lebih sedekad, kumpulan rock terkenal dunia, Evanescence bakal kembali mengadakan konsert di Malaysia pada 28 November depan.
Persembahan yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu merupakan satu-satunya lokasi persinggahan kumpulan berkenaan di Asia Tenggara bagi jelajah dunia 2026.
Kemunculan semula band yang diterajui vokalis utama, Amy Lee itu diumumkan sendiri menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok, sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.
Ditubuhkan pada akhir 1990-an, Evanescence mencipta nama di peringkat antarabangsa menerusi album Fallen yang terjual lebih 17 juta unit di seluruh dunia.
Album tersebut turut menampilkan lagu-lagu popular seperti Bring Me To Life dan My Immortal yang masih mendapat tempat dalam kalangan peminat sehingga kini.
Sepanjang perjalanan seni mereka, kumpulan itu terus menghasilkan karya termasuk The Open Door, Evanescence dan The Bitter Truth selain meraih pelbagai anugerah termasuk dua Anugerah Grammy.
Tiket konsert akan mula dijual pada jam 10 pagi, 8 Mei ini dan dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat muzik tempatan serta serantau.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








