JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu bas ada 18 rekod saman – PDRM

KUALA LUMPUR – Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi semalam mempunyai 18 rekod saman.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika mengesahkan perkara itu berkata, 13 daripada 18 saman yang dikeluarkan adalah atas kesalahan memandu laju, satu kesalahan kemalangan, tiga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan satu kesalahan tiada lampu brek ketiga.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pemandu itu akan direman sebaik sahaja dibenarkan keluar daripada hospital, lapor SH Online.

“Ketika ini, pemandu bas terbabit masih dirawat. Siasatan lanjut hanya akan dilakukan sebaik beliau dibenarkan keluar hospital,” katanya, hari ini.

Beliau sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, polis sudah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung kemalangan itu.

Dalam kemalangan sekitar pukul 1 pagi semalam, 15 pelajar disahkan meninggal dunia sementara 27 yang lain cedera.

Turut cedera, pemandu bas dan kelindannya yang berusia 54 tahun.

Nahas dipercayai berlaku apabila bas itu yang sedang dalam perjalanan dari Terengganu ke Kampus UPSI di Tanjung Malim melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan hilang kawalan sebelum terbalik merempuh pembahagi jalan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button