JENAYAH & MAHKAMAH

Isteri cedera dikelar suami

BALIK PULAU – Seorang wanita cedera di leher dipercayai akibat dikelar suaminya dalam satu kejadian di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek kemudian turut mengelar tangan dan lehernya sendiri, lapor Kosmo Online.

Belaiu memberitahu, pasangan terbabit mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun merupakan guru di sebuah sekolah di negeri ini dan tinggal bersama ibu mangsa.

“Kejadian berlaku sebelum masuk waktu subuh pagi tadi. Ibu mangsa terdengar jeritan daripada anaknya daripada tingkat atas dan apabila dia naik ke atas mendapati suami kepada mangsa ataupun suspek sedang menindih mangsa dalam keadaan cuba mengelar isterinya.

“Ibu mangsa sempat menarik mangsa turun daripada katil dan bawa keluar. Dalam masa yang sama juga, ibu mangsa nampak suspek mengelar tangan dan lehernya sendiri di atas katil,” katanya, hari ini.

Punca sebenar kejadian berlaku masih dalam siasatan polis dan kedua-dua mangsa sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.

“Mangsa berusia 28 tahun mengalami kecederaan pada leher, namun stabil manakala suaminya berusia 30 tahun cedera pada pergelangan tangan kiri dan leher. Cuma keadaannya agak serius dan masih berada di Zon Merah.

“Menurut saksi, pasangan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah rumah tangga termasuk masalah kewangan dan kesihatan Mereka hidup dalam suasana harmoni,” katanya lagi.

Tambahnya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 307 kerana cubaan membunuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button