JENAYAH & MAHKAMAH

Doktor didakwa berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit dibebas dengan jaminan polis

GEORGETOWN – Seorang doktor yang ditahan Rabu lepas bagi membantu siasatan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja, sudah dibebaskan dengan jaminan polis, siang tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, jaminan itu diberikan selepas perintah reman terhadap doktor berusia 43 tahun itu tamat hari ini.

“Polis ketika ini sedang melengkapkan kertas siasatan bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, sebelum diserahkan kepada Bukit Aman dan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Terdahulu, seorang doktor di sebuah hospital di sini dilaporkan ditahan selepas disyaki berkelakuan tidak senonoh.

Doktor itu dipercayai memperdaya dan melakukan perbuatan tidak senonoh itu terhadap seorang pesakit wanita berusia awal 20-an ketika mangsa menerima rawatan.

Related Articles
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button