Siasatan penyelewengan dana pelaburan, SPRM sita aset RM9.7 juta
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) difahamkan telah menyita aset bernilai RM9.7 juta dalam siasatan penyelewengan dana pelaburan berjumlah RM300 juta melibatkan seorag tokoh kewangan, baru-baru ini.
Menurut sumber, sitaan tersebut melibatkan enam buah rumah bernilai RM6.54 juta, sebidang tanah bernilai RM1.8 juta serta dua buah kereta mewah bernilai RM1.35 juta.
SPRM difahamkan turut membekukan 14 akaun bank, dengan jumlah baki keseluruhan kini sedang disahkan oleh institusi kewangan.
Sementara itu, sumber sama turut memaklumkan, seorang wanita bergelar ‘Datuk’ telah dibebaskan dengan jaminan petang semalam selepas direman selama lima hari.
Manakala seorang lagi suspek iaitu individu bergelar ‘Tan Sri’ yang ditahan sejak 22 Januari dibebaskan tengah hari tadi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkembangan terkini itu dan berkata pihak penyiasat selesai merakam keterangan 10 orang saksi.
“Kami sedang giat mengenal pasti saksi-saksi lain bagi melengkapkan siasatan,” katanya ringkas.
Beliau turut menegaskan. SPRM komited untuk menyegerakan siasatan kerana kes tersebut melibatkan kepentingan awam dan mendapat perhatian meluas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








