BERITA SEMASA

Pelajar tingkatan 4 maut jatuh tingkat 3 sekolah

SUNGAI BULOH – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Bukit Rahman Putra di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 11.26 pagi.

Katanya, pelajar berusia 16 tahun terbabit disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis ke lokasi kejadian dan mendapati seorang pelajar perempuan terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di sekolah berkenaan.

“Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat mendapati punca kematian kerana kecederaan parah di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button