Pelajar perempuan 15 tahun maut dipercayai terjatuh dari apartmen PPAM
PUTRAJAYA – Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah apartmen di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Seruling, Presint 5, di sini malam tadi.
Dalam kejadian pada pukul 10.33 malam itu, mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 11 ditemukan terbaring di bawah bangunan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asistan Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu menerusi panggilan kecemasan MERS 999 sebelum sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama keluarganya di tingkat sembilan apartmen berkenaan.
āSetibanya di lokasi, polis menemukan mangsa dalam keadaan terbaring dan dipercayai terjatuh dari tempat tinggi.
āMangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Putrajaya,ā katanya memetik laporan Kosmo Online.
Aidi Sham berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.
Katanya, bedah siasat dijadualkan pada pukul 9 pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian.
āSetakat ini, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (LMM) dan siasatan lanjut masih dijalankan,ā katanya.
Terdahulu, tular di platform Threads apabila seorang pengguna dengan akaun @fancydoughnut memuat naik mengenai insiden tersebut.
“Weh, kawasan rumah aku dekat Presint 5 ni ada kes budak jatuh dan dah meninggal. Baru jadi. Allahuakbar,” tulisnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





