BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis siasat kes kematian pelajar perempuan jatuh dari bangunan asrama

PAPAR – Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar perempuan yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada Rabu lalu.

Mangsa berusia 13 tahun dan merupakan penghuni asrama sebuah sekolah menengah di daerah ini, dipercayai terjatuh dari bangunan sebelum dijumpai pada pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.16 pagi.

“Mangsa segera dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari, semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kamaruddin, siasatan menyeluruh kini dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk meneliti semua aspek yang berkaitan.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menghormati privasi serta perasaan keluarga mangsa yang sedang berduka,” tambah beliau.

Terdahulu, insiden tersebut tular di media sosial selepas berita mengenainya dikongsi, menyebabkan pelbagai reaksi dan spekulasi dalam kalangan netizen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button