BERITA SEMASA

Fadhlina ucap takziah pemergian pelajar jatuh bangunan asrama

CYBERJAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pelajar Sekolah Menengah Kebagsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustafa, Allahyarham Zara Qairina Mahathir di atas pemergiannya semalam.

Fadhlina berkata, beliau dan pengurusan tertinggi kementerian sudah menziarahi keluarga Allahyarham di hospital bagi memastikan semua keperluan disediakan dan kebajikan keluarga terpelihara.

zara qairina
Allahyarham Zara Qairina yang berasal dari Sipitang, sebelum itu difahamkan cedera parah setelah dipercayai jatuh daripada tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian anakanda Zara Qairina. Semoga diberi kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian berat ini,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Fadhlina turut memberitahu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah juga sudah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga termasuk dalam aspek sokongan psikososial.

“Pada waktu ini, kejadian sedang berada dalam siasatan pihak polis dan pihak kementerian akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

“Saya menyeru masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi pada waktu ini yang mungkin boleh menggangu siasatan. Hormati privasi keluarga dan beri ruang sepenuhnya kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasar kepada hasil siasatan tersebut,” kata Fadhlina lagi.

Allahyarham yang berasal dari Sipitang, difahamkan cedera parah setelah dipercayai jatuh daripada tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya.

Sebelum itu, wujud dakwaan Allahyarham merupakan seorang mangsa buli pelajar senior di sekolah berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button