BERITA SEMASAPMX

PM bincang isu Gaza, Asia Barat dengan pemimpin dunia di Sidang Kemuncak BRICS

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin dunia mengenai perkembangan geopolitik, termasuk konflik dan krisis kemanusiaan yang berlarutan di Gaza serta ketegangan di Asia Barat.

Anwar berkata, perkara itu dibincangkan ketika beliau menghadiri majlis makan malam sempena Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 malam tadi.

anwar
Perdana Menteri (empat dari kiri) bersama para pemimpin dunia pada majlis makan malam Sidang Kemuncak BRICS.

Antara pemimpin yang ditemui beliau ialah Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi; Presiden Indonesia, Prabowo Subianto; Presiden Kazakhstan; Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan; Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Menurut Anwar, perkembangan konflik dan krisis kemanusiaan yang terus berlaku di Gaza serta ketegangan di Asia Barat menuntut kesatuan tekad masyarakat antarabangsa, khususnya dalam kalangan pemimpin dunia.

ā€œKeadaan ini menuntut kesatuan tekad masyarakat antarabangsa, khususnya para pemimpin dunia untuk menghentikan pertumpahan darah dan mengusahakan penyelesaian yang adil serta berkekalan,ā€ katanya menerusi hantaran di media sosial.

Dalam pada itu, Anwar berkata beberapa perkara berkaitan hubungan Malaysia-Mesir akan dibincangkan dengan lebih mendalam ketika Presiden El-Sisi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bulan depan.

Beliau turut memaklumkan perbincangannya bersama Prabowo menyentuh isu kebakaran hutan selain perkembangan konflik di Asia Barat yang memerlukan kesepakatan dan tindakan bersama.

“Saya turut memperbaharui jemputan kepada beliau untuk berkunjung ke Malaysia sesegera mungkin agar beberapa perkara dua hala yang masih tertangguh dapat dibincang dan dimuktamadkan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button