BERITA SEMASAPMX

STR 3 diagihkan mulai 26 Jun

CYBERJAYA – Pemberian Sumbangan Tunai Rahman (STR) Fasa 3 akan diagihkan bermula 26 Jun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan berbanding perancangan awal pada bulan Julai.

Kata Anwar, bayaran berkenaan disalurkan secara berperingkat sebelum Hari Raya Aidiladha bagi meringankan beban kewangan rakyat.

“Pembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing,” katanya.

Penerima yang mempunyai akaun bank akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing sehingga 5 Julai nanti, manakala pembayaran secara tunai akan dibuat kepada penerima yang tidak mempunyai akaun melalui cawangan Bank Simpanan Nasional.

Sementara itu, bagi pemohon STR 3 yang ditolak, permohonan rayuan akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai.

Pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Fasa pertama dan kedua STR telah disalurkan pada bulan Januari dan April lepas.

Ketiga-tiga fasa STR melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion bagi tahun ini.

Pembayaran fasa keempat STR dijangka pada bulan November 2023.

Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR 3 ini boleh dilayari di Portal Rasmi STR.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button