[VIDEO] Pasukan SAR temukan bangkai pesawat hilang di puncak bukit
JAKARTA – Serpihan besar dipercayai daripada pesawat ATR 42-500 yang hilang semalam, ditemukan berselerakan di Bukit Bulusaraung dalam daerah Maros, Sulawesi Selatan, pagi tadi.
Menurut Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Makassar, Andi Sultan, pasukan mencari yang memasuki kawasan pesawat itu dilaporkan terputus hubungan, mengesan serpihan yang disyaki sebagai bahagian badan dan ekor pesawat sekitar pukul 7.49 pagi waktu tempatan.
@malaysiatribune Pasukan BASARNASS Makassar dilaporkan sudah menemukan bangkai pesawat ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport yang dilaporkan hilang semalam. #malaysiatribune #beritasemasa
“Serpihan tersebut ditemukan di lereng, di sebelah selatan, di bahagian bawah lereng bukit,” katanya dalam video yang dikongsi kepada media, hari ini.
Terdahulu, Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan Indonesia mengesahkan pesawat yang hilang itu dikendalikan oleh Indonesia Air Transport (IAT) dan didaftarkan sebagai PK-THT adalah pesawat perondanya.
Pesawat yang membawa tujuh kru dan tiga penumpang itu dilaporkan terputus hubungan sekitar tengah hari semalam di ruang udara daerah Maros semasa dalam perjalanan dari Yogyakarta ke Makassar.
Berikutan penemuan itu, kata Andi, satu pasukan telah dihantar ke lokasi, namun usaha menyelamat masih mencabar disebabkan rupa bumi yang curam, menimbulkan kesukaran untuk turun ke lokasi badan pesawat.
[hdsoft_ai_summary]
Beliau menambah kira-kira 500 anggota kini berada dalam keadaan sedia untuk membantu dalam operasi SAR yang sedang dijalankan.
Setakat ini, nasib 10 individu di dalam pesawat itu masih belum disahkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








